Tarikh: 30.12.2011 
Cari:

Tentang KCRh1n1

“Kempen Klinik Cegah & Rawat Influenza A(H1N1)” (KCRh1n1)

Klinik Cegah dan Rawat Influenza A(H1N1) (digelar KCRh1n1) adalah klinik (takrif termasuk klinik, poliklinik, hospital swasta dan pusat-pusat rawatan lain yang berdaftar) yang telah menyertai dalam kempen yang diasaskan oleh Alriz Sdn Bhd dan Ranbaxy Sdn Bhd (digelar sebagai "promoter"). Kempen adalah inisiatif pihak swasta untuk membantu Malaysia mengatasi Influenza A (H1N1). Kempen ini mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dilancarkan pada 20 Ogos 2009 oleh Menteri Kesihatan, Dato Sri Liow Tiong Lai.

Klinik-klinik yang menyertai kempen ini dibekalkan Oselatmivir (Fluhalt ™) yang dihasilkan oleh Ranbaxy pada harga khusus. Oseltamivir adalah agen antiviral yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan Influenza A (H1N1). Ubat antiviral ini adalah ubat priskrapsi dan hanya boleh diambil dengan nasihat daripada doktor atau pakar.

Klinik-klinik yang menyertai kempen tersebut bersetuju dengan syarat-syarat seperti berikut:-

1. KCRh1n1 akan menjual ubat Anti-viral (Oselatmivir (Fluhalt ™)) pada harga maksima iaitu RM80.00 sekotak (10 kapsul) sekiranya antiviral diperlukan dalam rawatan.

2. KCRh1n1, akan mencuba sedaya upaya untuk mengenakan kos konsultasi doctor pada kadar yang terendah untuk rawatan ILI. Namun ini bergantung kepada pertimbangan klinik tertentu.

3. Kempen Cegah dan Rawat Influenza A(H1N1) merupakan kempen peringkat kebangsaan. Oleh itu, klinik di seluruh Malaysia boleh memohon untuk menyertai kempen ini. Namun, penerimaan permohonan bukanlah secara automatik dan promoter mempunyai hak untuk menolak atau menamatkan penyertaaan setiap klinik berdasarkan pertimbangan yang sepatutnya.

Oleh sebab kempen ini baru dilancarkan, kawasan-kawasan yang mempunyai KCRh1n1 adalah terhad dan orang ramai boleh melayari lawan web kami di http://www.h1n1.net.my untuk mendapatkan senarai KCRh1n1 yang terbaru.

Adalah dingatkan bahawa tanggungjawab promoter untuk kempen ini ialah membekalkan ubat antiviral Oselatmivir (Fluhalt ™) supaya ubat antiviral ini boleh dijual pada harga yang lebih murah daripada KCRh1n1 yang terdekat untuk kebaikan orang ramai. Promoter kempen tidak berhak untuk mencampur tangan dalam hal urusan dan rasmi KCRh1n1 melainkan harga ubat antiviral.

Sebarang aduan mengenai harga Fluhalt™ yang dijual oleh KCRh1n1 boleh dirujukkan kepada kami dan kami akan mengenakan tindakan yang wajar selepas siasatan dilakukan. Bagi aduan-aduan yang lain, sila rujuk kepada badan-badan yang berkenaan.

Sila ambil perhatian bahawa hanya klinik-klinik yang tergolong dalam senarai klinik yang boleh didapati daripada laman web kami atau yang mempunyai tanda seperti berikut

dibekalkan ubat antiviral Oseltamivir (Fluhalt™) pada harga khusus iaitu RM80.00. Klinik-klinik yang lain mungkin menjual ubat antiviral Fluhalt™ pada harga yang berbeza.


Apakah kebaikan kempen ini?

Kebaikan-kebaikan kepada orang awam

  • Orang ramai boleh mendapatkan bantuan rawatan Influenza A(H1N1) daripada KCRh1n1 yang terdekat
  • Orang ramai boleh mendapatkan rawatan Influenza A(H1N1) pada harga yang lebih rendah
  • Orang ramai dapat mencari KCRh1n1 dengan lebih mudah iaitu melalui laman web kami, http://www.h1n1.net.my atau melalui tanda yang dipaparkan sekitar kawasan klinik tersebut.

Kebaikan-kebaikan kepada Klinik

  • Klinik boleh mendapatkan bekalan Oseltamivir pada kos yang lebih rendah untuk membantu menurunkan harga rawatan Influenza A (H1N1).
  • Klinik boleh mempromosikan klinik mereka kerana maklumat-maklumat klinik seperti lokasi dan waktu operasi dipaparkan dalam laman web kami
  • Klinik boleh mendapatkan pengumuman dan maklumat terbaru daripada KKM mengenai Influenza A (H1N1), dari semasa ke semasa
  • Klinik boleh menyertai dan membantu masyarakat dengan mengatasi pandemi ini.
Jumlah Kematian
97
sehingga 30/12/2011

Member Login

* :
* :
   
    Forgot Password?

Undian

Do you think Campaign KCRh1n1 is good and needed by the people?
Yes
93%
No
7%
Jumlah Undian: 324

Lain-lain