Tarikh: 30.12.2011 
Cari:

PMCare menyertai Kempen Cergah Dan Rawat A(H1N1)

Written by: admin 17/09/2009 19:09:07

11 September 2009 – PMCare, sebuah syarikat terkemuka yang khusus dalam pengurusan dan pengendali program kemudahan perubatan syarikat-syarikat di Malaysia, telah menyertai Alriz dan Ranbaxy, dalam usaha memerangi Influenza A(H1N!) di Malaysia.

Dengan menandatangani MOU antara pihak terlibat, sebanyak 2200 klinik panel PMCare akan didaftarkan sebagai Klinik Cegah & Rawat H1N1 (KCRh1n1) yang inisiatif oleh Alriz dan Ranbaxy, dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kempen ini telah dilancarkan pada 20th Ogos 2009 oleh Menteri Kesihatan, Dato Sri Liow Tiong Lai. Kempen ini mendapat reaksi baik daripada lebih 1000 buah klinik dan hospital yang meliputi seluruh Malaysia. Klinik dan hospital ini akan dibekalkan dengan Fluhalt, sejenis ubat antiviral yang merawati jangkitan Influenza A(H1N1) , diperbuat oleh Ranbaxy, pada kos yang lebih rendah. Ubat Antiviral (Fluhalt) ini telah disetujui dicajkan pada harga RM80.00 sekotak (tidak termasuk kos konsultasi), jika digunakan dalam rawatan. Lokasi KCRh1n1 dapat dicari melalui www.h1n1.net.my.

Selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan ubat antiviral sedia ada di semua klinik, MOU ini membolehkan 2200 klinik panel PMCare mendapatkan bekalan antiviral (Fluhalt) yang mencukupi dari Ranbaxy Sdn Bhd.

Klinik Panel PMCare sekarang boleh muat turun borang pendaftaran dari laman web PMCare di www.pmcare4u.com.my. Klinik yang ingin menyertai KCRh1n1 mesti mematuhi syarat-syarat penyertaan, seperti bersetuju menjual ubat antiviral pada harga maksima RM80 untuk sekotak. Usaha PMCare, juga membolehkan 450,000 ahli mereka dan orang awam mendapatkan rawatan Influenza A(H1N1) dengan kos yang lebih rendah

Sebagai usaha PMCare untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Influenza A(H1N1), Pengarah Kesihatan, Dr.Benjamin Sinappan dan Dr.Helmi Ismail akan mengadakan taklimat kesihatan percuma kepada pelanggan dan ahli mereka dari seluruh Malaysia. Antara pelanggan utama PMCare termasuk Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad,POS Malaysia Berhad, CIMB bank Berhad, Proton Holding Berhad, Bank Simpanan National, Sapura Group of Companies dan UMW Group of Companies.



« Back to Headline



Jumlah Kematian
97
sehingga 30/12/2011

Member Login

* :
* :
   
    Forgot Password?

Undian

Do you think Campaign KCRh1n1 is good and needed by the people?
Yes
93%
No
7%
Jumlah Undian: 324

Lain-lain