Masyarakat diminta waspada |
Written by: admin 12/04/2010 12:42:48
PUTRAJAYA: Masyarakat di negara ini diminta berwaspada dan mengamalkan cara hidup sihat berdasarkan laporan terkini menunjukkan kejadian kluster Influenza A (H1N1) masih aktif. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata setiap kes dilaporkan diberi perhatian bagi mengekang wabak maut itu merebak.
“Apa yang penting dalam suasana sekarang, orang ramai dinasihat mengamalkan langkah pencegahan yang memang terbukti berkesan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, keadaan terkini berkaitan kes kluster Influenza Like-Illness (ILI) dilihat ada peningkatan, namun masih terkawal.
Beliau berkata, sehingga kini, tidak ada peningkatan kes kematian akibat H1N1 dicatatkan, manakala 554 pesakit dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital.
Sumber daripada www.hmetro.com.my
« Back to Headline |









