Tarikh: 07.01.2012 
Cari:

Belum gelombang kedua tapi jangan ambil mudah H1N1

Written by: admin 07/04/2010 15:25:13

KUALA LUMPUR 5 April – Malaysia masih belum mengalami gelombang kedua influenza A (H1N1) tetapi ia tidak bermakna masyarakat boleh mengambil mudah mengenai tahap penularannya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

 

Beliau berkata, individu yang mengalami demam, batuk atau selesema atau simptom H1N1 dinasihatkan segera mendapatkan rawatan dan orang ramai pula digalakkan mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng penutup mulut dan hidung apabila berada di tempat awam.

 

"Perkembangan sekarang memang ada lagi kluster-kluster yang kecil... dia (H1N1) tak merebak kepada masyarakat dan keadaan memang terkawal.

 

"Saya nak tegaskan, ini bukan gelombang kedua H1N1, tapi tanda-tanda peningkatan itu memang ada dan kita ingin ingatkan orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi wabak gelombang kedua,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

 

Sehingga Sabtu lepas, jumlah terkumpul kematian akibat H1N1 dilaporkan melibatkan 79 orang. – Bernama

 

Sumber diambil daripada www.utusan.com.my

 



« Back to Headline



Jumlah Kematian
97
sehingga 07/01/2012

Member Login

* :
* :
   
    Forgot Password?

Undian

Do you think Campaign KCRh1n1 is good and needed by the people?
Yes
93%
No
7%
Jumlah Undian: 324

Lain-lain