Klinik Cegah & Rawat Influenza A(H1N1) yang turut digelar sebagai KCRh1n1 adalah klinik-klinik swasta yang terlibat dalam Kempen Cegah & Rawat Influenza A(H1N1) dengan menjual ubat Antiviral Oseltamivir (Oseltamivir Fluhalt) dan memberi rawatan Influenza A(H1N1) pada harga yang lebih murah dengan tujuan mengawal jangkitan Influenza A(H1N1) di Malaysia.
Kempen adalah inisiatif pihak swasta untuk membantu Malaysia mengatasi Influenza A (H1N1). Kempen ini mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dilancarkan pada 20 Ogos 2009 oleh Menteri Kesihatan, Dato Sri Liow Tiong Lai.
KCRh1n1 akan mendapatkan pengumuman dan maklumat terbaru daripada KKM mengenai Influenza A (H1N1), dari semasa ke semasa, untuk membantu mereka mengendalikan kes-kes Influenza A(H1N1) dengan lebih baik.
KCRh1n1 boleh dikenali dengan tanda “ Klinik Cegah dan Rawat Influenza A(H1N1)” yang seperti berikut:

Senarai KCRh1n1 boleh didapati dari laman web http://www.h1n1.net.my. Bilangan dan maklumat klinik akan diperbaharui dari semasa ke semasa.
Waktu operasi KCRh1n1 adalah mengikut waktu operasi klinik tertentu dan waktu operasi mereka boleh didapati dalam laman web http://www.h1n1.net.my. Pesakit yang memerlukan rawatan segera dinasihati supaya mendapatkan rawatan daripada hospital yang terdekat.
Ujian makmal untuk mengenalpasti jangkitan Influenza A(H1N1) tidak dijalankan di KCRh1n1. Bagaimanapun, sesetengah KCRh1n1 munkin akan melakukan ujian segera(rapid test) untuk mengenalpasti Influenza A(H1N1). Ujian makmal tidak diperlukan sebelum rawatan dimulakan.
Anda akan dirawat dengan lebih teliti dan penggunaan antiviral akan diberi sekiranya perlu, berdasarkan keadaan pesakit dan factor-faktor yang lain.
Anda dinasihati supaya memakai topeng muka dan mendapatkan rawatan dan pemeriksaan awal daripada KCRh1n1 yang terdekat. Anda juga digalakkan tidak mengambil pengangkutan awam jika boleh untuk mengawal jangkitan penyakit kepada orang awam.
Boleh, tetapi anda dinasihatkan supaya menghubungi mereka terlebih dahulu untuk mengenalpastikan samada mereka mempunyai kemudahan-kemudahan yang sepatutnya untuk menerima pesakit Influenza A(H1N1). Walau bagaimanapun, harga ubat antiviral yang mereka jual mungkin berbeza daripada harga yang kita tentukan.
Tidak. Penggunaan ubat Antiviral Oseltamivir(Fluhalt) bergantung kepada tahap keseriusan pesakit dan akan diberikan oleh doctor.
Ya, tetapi kami bersama KKM telah berusaha untuk menurunkan kos rawatan A(H1N1). Sekarang, harga sekotak Oseltamivir(Fluhalt) di KCRh1n1 hanya RM80.00. (tidak termasuk kos konsultasi doctor dan ubat-ubatan lain)
Secara umumnya, MOH membenarkan doctor-doktor supaya memberikan surat sakit selama 7 hari kepada pesakit yang menunjukkan gejala-gejala Influenza A(H1N1), bermula dari hari pertama pesakit itu dijangkiti virus.
Anda dinasihati supaya tidak keluar daripada kawasan rumah dan mengurangkan komunikasi dengan ahli keluarga yang lain terutamanya mereka yang tergolong dalam kumpulak berisiko tinggi seperti kanak-kanak, perempuan mengandung dan golongan tua. Anda juga dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan anda tidak pulih ataupun betambah teruk(spt: kesesakan nafas) untuk mendapatkan rawatan perubatan segera
Secara umumnya, ubat antiviral tidak diperlukan untuk pencegahan(cth: sebelum berhubung dengan kes influenza yang telah dikenal pasti) Tetapi, penggunaan ubat antiviral boleh digunakan oleh anda pernah berhubung dengan pesaki kes influenza yang sudah dikenal pasti, terutamanya jika anda tergolong dalam kumpulan risiko tinggi ataupun dinasihatkan oleh doktor anda. Anda diingatkan bahawa Oseltamivir(Fluhalt) mungkin membawa kesan sampingan seperti ubat yang lain, dan harus diambil dengan arahan daripada doktor atau pakar.









