Kumpulan yang berisiko tinggi jika dijangkiti Influenza A(H1N1) |
Written by: admin 17/09/2009 14:39:55
Kebanyakan orang yang menjangkit influenza A(H1N1) akan sembuh dalam masa beberapa hari ataupun sehingga 2 minggu. Tetapi bagi sesetengah orang, mereka mungkin mengalami komplikasi yang boleh menyebabkan kemautan(seperti pneumonia) setelah menjangkit influenza. Sebagai contoh, orang yang menpunyai asma mungkin menghadapi serangan asma apabila dijangkiti influenza A(H1N1) dan keadaan orang yang menghidapi sakit jantung mungkin menjadi teruk, akibat influenza A(H1N1). Oleh itu, kita harus peka kepada orang di sekeliling kita dengan mengenalpasti golongan yang berisiko tinggi dan memberikan penjagaan yang lebih teliti. Individu yang berisiko tinggi menghidapi komplikasi akibat dijangkiti Influenza A(H1N1) adalah seperti berikut: a. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas c. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang d. Wanita mengandung e. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus f. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression) g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain h. Individual yang terlampau gemuk « Back to Essential Information |









