Apakah Influenza A(H1N1) dan bagaimana virus ini menular? |
Written by: admin 17/09/2009 15:24:46
Apakah Influenza A(H1N1) ? Virus influenza A (H1N1) ialah virus yang baru dan kebanyakkan orang tidak mempunyai daya tahan kepada virus ini. Virus ini bukanlah salah satu virus penyakit influenza musim. Pada April 2009, Amerika Syarikat merupakan tempat pertama menemui virus baru ini di kalangan manusia. Virus ini menular sesama manusia dan seiras dengan penularan virus penyakit influenza musim yang biasa. Pada 11 June 2009, Ketubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) telah mengeluarkan amaran bahawa pandemik Influenza A(H1N1) sedang berlaku di seluruh dunia. Bagaimana virus ini menular? Virus influenza A (H1N1) berjangkit sesame manusia dan penularan virus ini agak serias denga penularan penyakit influenza musim yang biasa. Cara utama penularan virus ini ialah melalui titisan cecair yang keluar apabila bersembang, batuk atau bersin. Virus ini juga boleh berjangkit sekiranya selepas anda menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus ini dan menyentuh mata, hidung atau mulut anda. Orang berjangkit dengan Influenza A(H1N1) akan menunjukkan gejala-gejala dalam masa 1 hari sebelum atau 5-7 hari selepas jatuh sakit. Keadaan ini mungkin berlanjutan dengan jangka masa yang lebih panjang terutama dalam kalangan kanak-kanak, orang yang mempunyai sistem imunasi yang lemah dan orang yang baru dijangkiti virus Influenza A(H1N1) « Back to Essential Information |









