Apa yang perlu dibuat apabila sakit ? |
Written by: admin 17/09/2009 14:35:20
Gejala Gejala Influenza A(H1N1) amat seiras dengan Influenza selsema biasa. Apa yang perlu dibuat apebila menghadapi gejala selsema ? Orang yang menghadapi gejala selsema (seperti demam, batuk, sakit tekak, selsema), boleh mengunjungi Klinik Cegah & Rawat (KCRh1n1) atau hospital yang berdekatan untuk menjalani penilaian kesihatan dan rawatan. Sila bertanggungjawab terhadap masyarakat, pakai topeng muka yang sesuai dan mengelakkan penggunaan pengangkutan awam dalam perjalanan ke klinik atau hospital. Bergantung kepada keadaan dan risiko pesakit, mereka mungkin dicadang menukar ke hospital untuk rawatan yang selanjutnya. Apa yang perlu dibuat selepas menjumpa doctor Sila bertanggungjawab terhadap masyarakat. Mengelakkan diri daripada - menjumpai orang lain - mengambil pengangkutan awam - mengunjungi tempat awam atau pertemuan - mengelakkan menaiki kapal terbang Jika anda perlu keluar dari rumah, sila pakai topeng muka yang sesuai Perhatikan kesihatan diri Tinggal dan berehat di rumah Mengambil bahan cecair sebanyak mungkin, seperti, air, sup, untuk mengelakkan dehidrasi. Mengurangkan komunikasi sesama ahli keluarga sebanyak mungkin Jika boleh, kurungkan diri di dalam bilik individu, mengunakan bilik air sendiri, dan elakkan makan bersama orang lain. Jika anda perlu mendekati orang lain, sila memakai topeng muka yang sesuai dan sentiasa pastikan jarak 2 meter dengan mereka. Topeng yang telah digunakan perlu dimasukkan ke dalam plastic, ikatkannya sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Cuci tangan anda selepas itu. Jika keadaan anda menjadi semakin teruk dan mengalami keadaan seperti kesukaran bernafas, dada sakit, muntah dengan teruk, berterusan dan lain lain. Sila mengunjungi hospital berdekatan dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Jika anda diberi cuti sakit, sila berehat di rumah dan elakkan kembali ke sekolah atau tempat kerja sebelum tamat cuti sakit anda.
« Back to Essential Information |









