Antiviral
Ubat Antiviral
Ubat antiviral adalah ubat preskripsi (pil, cecair ataupun ubat semburan) yang membantu melawan virus influenza. Ubat-ubat ini harus diambil dengan arahan doktor atau pakar sahaja. Ubat antiviral influenza hanya berkesan terhadap virus influenza dan tidak dapat mengubati atau mencegah jangkitan daripada virus lain yang boleh mempunyai gejala-gejala yang seiras dengan Influenza A(H1N1).
Empat ubat antiviral influenza iaitu oseltamivir, zanamivir, amantadine dan rimantadine telah diluluskan oleh Amerika Syarikat. Ubat amantadine dan rimantadine telah diuji dan didapati tidak dapat sesuai untuk menangani Influenza A(H1N1) manakala keputusan ujian makmal menunjukkan bahawa influenza A (H1N1) virus hanya sensitif kepada oseltamivir dan zanamivir.
Kegunaan Ubat Anti-Viral
Rawatan: Ubat antiviral ini memulihkan penyakit anda dengan lebih cepat dan juga boleh mencegah komplikasi akibat jangkitan virus Influenza A(H1N1). Ubat ini adalah lebih berkesan sekiranya digunakan sebaik sahaja anda jatuh sakit (dalam dua [2] hari). Tetapi, penggunaan ubat ini harus dipertimbangan sekiranya anda telah jatuh sakit selama 48 jam (gejala-gejala awal) dan bagi pesakit di hospital atau golongan-golongan yang berisiko tinggi kerana mungkin boleh menyebabkan komplikasi akibat jangkitan virus Influenza A(H1N1)
Pencegahan: Ubat antiviral boleh diberi kepada orang yang sihat untuk mencegah influenza jika mereka pernah berhubung dengan pesakit influenza A(H1N1). Jika ubat antiviral digunakan sebagai pencegahan, kadar kesan ubat antivirus adalah sekitar 70% hingga 90%, dan jumlah hari mengambil ubat adalah bergantung pada keadaan seseorang.
Cadangan CDC Amerika Syarikat
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat mengesyorkan penggunaan oseltamivir atau zanamivir untuk rawatan atau pencegahan jangkitan virus influenza A(H1N1).
• Oseltamivir telah diluluskan untuk rawatan dan pencegahan jangkitan virus influenza A dan B bagi orang berusia satu tahun ke atas.
• Zanamivir telah diluluskan untuk kegunaan rawatan jangkitan virus influenza A dan B pada orang berusia 7 tahun ke atas dan untuk pencegahan jangkitan influenza A dan B pada orang berusia 5 tahun ke atas.
Cadangan pengunaan ubat antiviral untuk rawatan atau pencegahan jangkitan influenza A (H1N1) akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan penjumpaan baru tentang virus ini.
Orang yang terdedah kepada risiko jangkitan atau mengalami gejala gejala influenza A(H1N1) haruslah mengunjungi doktor untuk rawatan. Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan rawatan sendiri.
Terjemah dari laman web CDC










